Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Solat Dhuha

Pagi ni, kakak saya telefon..antara dialognya, “angahkan buat bisnes, ade wat solat dhuha tak?” Saya pun jawab.. “tau solat dhuha tu mesti buat utk meniaga nie, tapi tak terbuat2..hehe..” So dia pun bg la tazkirah kat adik kesayangan dia nie.. Untuk menguatkan keazaman supaya selalu buat solat dhuha nie, saya pun search la internet.  Dan inilah hasilnya untuk saya kongsi bersama, khususnya pada pembaca yg berniaga, di mana rezeki tu sememangnya sepenuhnya di atas ketentuan-Nya..

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Hari ni genap seminggu saya dan keluarga berada di Singapura. Suami ditugaskan di sini selama seminggu, alang-alang dah ke sini, saya dan anak-anak ikut bersama untuk bercuti.. Bila lagi nak berjalan,inilah masanya sebelum anak mula bersekolah.

Perancangannya hanya seminggu disini, tapi ada tugas yang belum selesai, terpaksalah tunda lagi seminggu.. Rasanya inilah percutian yang paling lama..hehe..

Apa yang menarik di Singapura? Rasanya bandarnya yang bersih dan permai kot.. Kalau di K.L, masuk je tengah bandar agak hiruk-pikuk dan sesak..tapi kat sini relax je.. Kami pun tak der la berjalan mana,cuma lepak kat hotel je sebab suami bekerja. Tapi sempatlah ke Esplanade Park pada Deepavali baru nie. Memang cantik tempat nie..Pelancong pun ramai kat sini..Jom tengok gambar..

Bergambar Kenangan Bersama Anak-anak

Bergambar Bersama Anak-anak

Bergambar Bersama Ayah

Bergambar Bersama Ayah

Kanak-kanak RibenaYang Aktif Berlari

Kanak-kanak Ribena Yang Aktif Berlari

Last sekali, dan yang paling best ialah ‘Singapore River Cruise’. Kebetulan kami naik boat ni menghampiri senja, jadi pemandangan di tepi sungai memang cantik.. Sepanjang menyelusuri sungai tu, kiri dan kanan dipenuhi restoran-restoran mewah dan hotel-hotel eksklusif.  Bila menjelang malam pula, pemandangan nampak romantik,sesuai la kalau nak pegi honeymoon kali kedua..hehe..Bak kata hubby i,macam Paris kedua..

Bergambar Sekeluarga Di Atas Boat

Bergambar Sekeluarga Di Atas Boat

Sejak beberapa bulan nie, saya dan suami gila menonton “The Biggest Loser’ yang ditayangkan di Astro Channel 702 setiap 7 malam.  Rancangan nie merupakan program realiti, di mana peserta-peserta yang mengalami obesiti / berlebihan berat badan  dimasukkan ke dalam akademi untuk di ‘train’ supaya menjadi kurus. Pada saya, berbanding rancangan Akademi Fantasia, rancangan nie berpuluh-puluh kali baiknya, di mana dalam program ini, para peserta terpaksa bersenam sepanjang hari dan menjalani program makanan yang betul. Apa yang menariknya ialah, kita dapat melihat sebesar-besar manusia iaitu lebih kurang 400 pounds berubah menjadi sehensem / secantik-cantik manusia! Dari yang mempunyai pelbagai penyakit, menjadi sihat.. Betapa rancangan ni mampu merubah hidup seseorang dan tahap keyakinan diri mereka. Itu yang paling menarik..

Dan dalam kegilaan itu, saya terjumpa pula satu produk menguruskan badan yang terhasil daripada bahan-bahan semulajadi sahaja. Tiada bahan kimia. Di mana dengan mengambil produk ini, ia akan merangsang sel-sel di badan kita untuk membakar lemak dengan sendirinya. Istimewanya produk ini, kita tidak akan berasa lapar, langsung tiada keinginan untuk makan dan tak perlu bersenam.. Tapi kalau bersenam, kesan langsing tu tentulah akan berlaku dengan lebih cepat lagi.. Dan, apa yang paling mendorong saya untuk mencuba produk ini ialah testimoni orang yang terdahulu. Seakan-akan melihat program The Biggest Loser, cumanya dengan produk ini tak perlu bersenam bermati-matian..

Memperkenalkan Produk Jus Mate 5…

BERAT ASAL EN AZLEE 135 KG

BERAT ASAL EN AZLEE 135 KG

BERAT TERKINI, SELEPAS 4 BULAN BERSAMA JUS MATE 5 -  74 KG

BERAT TERKINI, SELEPAS 4 BULAN BERSAMA JUS MATE 5 - 74 KG

Terpaku dengan perubahan En. Azlee? Saya juga begitu! Banyak lagi testimoni yang akan membuatkan anda terpaku dan tak senang duduk. Layari laman web saya http://langsing2u.com dan cubalah Jus Mate 5 hari ini juga!

TUNGGU! Anda juga boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 angka dengan produk Jus Mate 5! Nak tau caranya? Layari:

http://langsing2u.com

Gambar Faris Semasa Di Hospital

Setelah demam 4 hari, anak kedua saya yang comel nie terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan ada infection pada peparunya.. Kesian melihat bila dia batuk berkahak..sampai merah2 muka dibuatnya.. Makan pun tak lalu.. asyik nak berdukung jer.. Sampai satu tahap bila dia dah mula lembik dan asyik berbaring jer, saya agak panik.. Petang tu juga di bawa ke klinik, dan doktor arahkan terus masuk hospital..

Dua hari di hospital, Faris dibenarkan pulang, tapi diarahkan kuarantin oleh doktor sampai dia betul2 sembuh. Takut pula penyakit lain yang datang memandangkan dia masih lemah. Tak boleh bawa dia ke tempat orang ramai seperti shopping complex dan sebagainya..

Alhamdulillah sekarang nie Faris beransur sembuh.. Cuma dua tiga hari nie demam panasnya datang balik, terpaksa control dengan ubat demam.. Mungkin demam tumbuh gigi kot.. Doa ibu, semoga anak ibu yang seorang nie cepat2 sembuh sepenuhnya.. Amin..

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua pahala bagi wanita yang bersalin. Bagi yang berpengalaman, sakitnya memang tak terkata. Macam2 pengalaman yang kita boleh dengar. Namun setelah saya membaca dan mengetahui pahala yang terselindung di sebalik kesakitan tu, rasanya pahala yang Allah beri melebihi apa yang ditanggung. Renungkanlah..

Menurut Rasulullah S.A.W,

  1. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  2. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.
  3. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.
  4. Wanita yang memberi anaknya minum susu badan akan mendapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
  5. Wanita yang memberi anaknya minum susu badannya ketika anaknya menangis, Allah memberinya pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
  6. Jikalau wanita itu menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga itu wajib baginya.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang memberi kita nikmat menjadi ibu..

Warming Welcome

Selamat Datang kepada pengunjung2 blog ini.. Diharapkan segala isu yang dituliskan di sini dapat mempertemukan ramai teman2 lama dan berkenalan dengan teman baru bagi membincangkan dan berkongsi pelbagai isu menarik.. Pandangan dan idea anda amat dihargai dan dialu-alukan..

Selamat Datang

Dua hari diperlukan bagi menyempurnakan pembinaan blog ini dan satu lagi di sini. Apa yang melambatkan prosesnya adalah pencarian untuk mendapatkan program affiliate dan laman pengiklanan.
Juga telah pun mendaftar untuk akaun paypal serta telah mendaftar untuk kad debit di tunemoney.
Konsep blog ini belum ditetapkan lagi, namun saya suka untuk fikirkan ianya umum, tentang apa sahaja.

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!