Archive for the ‘Resepi Hari Ini’ Category

Tiba-tiba hujung minggu lepas teringin nak makan cheese cake yang real cheese di dalamnya. Kalau beli kat kedai kek biasa, tak da rasa cheese langsung, mungkin terlalu sedikit cream cheese nya sampaikan rasa susu je dalam cake tue.. Jadi..tanpa membuang masa, g kedai bakery dan belilah bahan2nya.. Buat sendiri lagi sedap dan ada class! Jangan jeles..hehe..

Cheese cake dengan oreo based

Cheese cake dengan oreo based

Di atas permintaan Farra, di sini saya sertakan resepi untuk membuat ice cream cake nie.. Untuk buat kek nie, kena prepare 2 bahan utama iaitu kek span dan ais krim. Beramai2 la cuba ye.. Harap2 menjadi..

Kek Span Coklat

Bahan A
250g adunan tepung span / sponge mix
4 biji telur

Bahan B
50 mL air dibancuh dengan 1/2 sudu kecil chocolate emulco

Bahan C
80g butter cair

Cara2 membuat kek span:

  1. Pukul (A) dengan kelajuan minima 1 minit sehingga adunan pekat
  2. Campur (B) dan pukul pada kelajuan maksima selama 5-7 minit, sampai adunan berubah warna, ringan, gebu dan lembut
  3. Masukkan butter cair dan putar lagi dengan kelajuan minima 1 minit
  4. Tuang dalam acuan 9 inci yang telah disapu minyak
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak
  6. Sebaik sahaja kek masak, terus keluarkan dari adunan


Bahagian Ice Cream

Bahan-Bahan
Ais krim vanilla 800 g
Coklat Cip 100 g
Krim putar 200 g
Chocolate Rice 150 g

Cara2nya:

  1. Pukul ais krim vanilla sehingga lembut
  2. Tambah coklat cip dan kacau rata-rata
  3. Ambil kek yang telah masak tadi, dan potong kek kepada dua lapisan mendatar
  4. Letak lapisan kek pertama di dalam acuan bulat 10 inci
  5. Kemudian tuangkan aiskrim bersama coklat cip tadi ke atas kek
  6. Tutup dengan lapisan kek yang kedua
  7. Simpan dalam peti sejuk bahagian atas sehingga keras
  8. Apabila kek dah keras, keluarkan kek dari acuan, dan sapu dengan krim putar pada seluruh kek untuk hiasan
  9. Untuk lebih menarik, paipkan bunga2 daisy di atas kek, dan taburkan chocolate rice pada sekeliling kek.


Ice Cream Cake

Dua hari lepas saya ada mencuba satu resepi baru iaitu Ice Cream Cake. Konon2nya nak buat cake ala2 Secret Recipe, tapi tak sama la rasanya. Walaumacamanapun, kek ni memang sedap dan menjadi! Lebih istimewa ada chocolate chip lagi kat dalam ice cream tu. Kalau sesape nak cuba rasa, mai la datang kat umah, boleh saya buatkan. Nak resepi? Kalau ada yang request, baru saya tulis kat sini.. hehe..
Anyway, hepy sangat sebab first try buat menjadi. Anak pun suka.. Yummy.. Jgn jealous…

Seperti yang dijanjikan, berikut ialah resepi Muffin Coklat Istimewa untuk dikongsi bersama. Caranya sangat mudah dan rasanya penuh dengan coklat. Kalau tak percaya, cubalah!

Bahan-bahannya:
400g coklat masakan
140g mentega
4 biji telur
100g gula halus
120g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya:


1) Cairkan coklat menggunakan kaedah “double-boiled.


2) Masukkan mentega ke dalam coklat dan kacau sehingga mentega cair


3) Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati, tetapi tidak perlu sampai kembang.

4) Dalam masa yang sama, panaskan oven sehingga suhu 170 C


5) Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat, kacau biar campuran sebati


6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.


7) Gaul hingga sebati
8) Isikan adunan ke dalam bekas muffin 1/2 atau 60% penuh
9) Bakar selama 20 minit

* Selepas masak, muffin mungkin lembik sedikit kerana jumlah tepungnya sedikit berbanding coklat, tetapi selepas sejuk muffin akan keras dgn sendiri.

Selamat Mencuba!