Archive for the ‘Internet’ Category

Kembali Online

Lamanya tak menulis di blog nie.. Rasanya semenjak ada facebook nie, semua yang ada dalam fikran nak ke facebook ajer.. Kesian blog ni yang semakin dilupakan. Hehe…

Walaubagaimanapun, menulis di blog ni lebih banyak kelebihannya, sebab di sinilah tersimpan segala catatan dan memori.. Khususnya untuk keluarga, pahit manis, gambar anak dari kecil hingga dah besar.. Itu yang istimewanya.. Berbanding facebook, semua post kita hilang macam tu jer..

Dan diharap, blog saya ni juga dapat mengumpul lebih ramai kenalan yang menjalankan bisnes online, supaya dapat menyumbangkan idea dan berkongsi segala pengalaman yang ada. Untuk makluman semua, saya  juga menjalankan bisnes online sepenuh masa.. Senang2 jemputlah ke website saya http://silkysite.com. Komen membina dialu-alukan untuk membaiki segala kekurangan. Berjumpa lagi!

Alhamdulillah, tak sia-sia saya melepak di rumah selama setahun lebih nie..Sebabnya, Selain dapat menjaga anak2 dengan lebih baik dan teratur, dalam masa setahun nie la saya belajar mencintai komputer dan seluruh teknologinya.. Kalau ikutkan dulu, memang menyampah habis nak gunakan teknologi yang sedang berkembang maju nie..Cuma gunakan bila terpaksa cari bahan untuk assignment dan menaip tugasan jer..

Tapi disebabkan suami saya yang memang meminati dan master dalam bidang komputer nie, dia lah yang telah memaksa saya secara halus untuk menulis blog nie.. Pada mulanya, bengang gak, apasal la nak menulis lak dalam benda nie, tapi lama2 seronok pulak.. Mula dari situ, satu-satu perniagaan saya kembangkan melalui alam maya nie, yang memang jelas jumlah pelanggannya mencecah infiniti dengan modal yang amat sedikit.. Bila nampak business boleh dijalankan dan dengan sedikit usaha dan cara yang betul, terbukti menguntungkan, di situlah mulanya saya betul2 minat nak mempelajari semua kemahiran komputer dan internet nie…

Dari seorang yang tak sukakan teknologi nie, meyampah nak buka dan menaip di komputer, tapi kini saya dah boleh buat dan cipta blog sendiri.. Pada saya itu satu kemajuan diri yang agak membanggakan..hehe..puji diri sendiri lak.. Kalau sebelum2 nie, semua blog2 dan website saya hubby lah yang membuatnya, saya tak nak tahu langsung, tapi disebabkan kesibukan dia kebelakangan nie, pandai juga lah saya membuatnya..

Marilah tengok hasil kerja tangan saya sepenuhnya di sini…

Sejak bulan lepas, saya sebenarnya dah bersedia nak bekerja dari segi fizikal dan mental memandangkan bulan ni Faris dah genap setahun. Rasanya pun dia dah cukup bersedia nak berdikari di rumah pengasuh, cuma masih berusaha melatih dia minum susu botol memandangkan dia masih menyusu badan sepenuhnya. Pengasuh dah jumpa, dan dah pernah hantar pun bulan Mac hari tu sehari, sebab saya ada buat class cupcakes. Minggu selepas tu, pegi lagi bawa Ammar & Faris ke rumah pengasuh, agar dia tak lupa pengasuh dia nie. Memang hati nie berhajat sangat nak  bekerja bulan Mei nie, dan dah maklumkan pada makcik yang baik hati nie..

Tapi, alih-alih 2 hari lepas masa saya nak hantar Faris separuh hari, dia kata nak ke umah anak dia ke Kuantan. Bila saya tanya nak balik sini bila? Dia jawab tak tau lagi, tengok bila anak dia boleh hantar.

Ada rasa musykil gak kat situ, tapi biarlah..sebab saya pun belum bekerja full time. Petang tu juga saya g kedai, dan lalu depan umah dia tengok ramai orang. Tak jadi kot makcik ni g kuantan. Continue Reading »

Lamanya tak dapat nak update blog dan website.. Nie semua gara-gara celcom sedang update line internetnya menyebabkan semua urusan tak dapat dijalankan. Jangankan nak hantar email, nak save data yang dah ditulis pun tak dapat.. Memang geram bila kita ada urusan penting, tapi line tak dapat di access.. Hari nie Alhamdulillah baru nampak ok.. Banyak post yang tertunda nie.. Tunggu…

.my mesti dimiliki

Mungkin ramai yang masih belum sedar bahawa domain peringkat kedua .my (www.yourdomain.my) telah dilancarkan, secara peribadi domain yang lebih pendek ini lebih sesuai untuk individu, namun ianya juga boleh dimiliki oleh perniagaan dan organisasi.
MYNIC Berhad sebuah syarikat pendaftar alamat internet telah melancarkannya, membolehkan setiap warganegara Malaysia mendaftar untuk domain ini.
Bayaran yang dikenakan bagi .my ini adalah RM120 setahun, untuk maklumat lanjut layari http://www.mynic.my