Archive for the ‘Agama’ Category

Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk bertemu di tahun baru ini.Semoga dengan terbukanya kitab amalan baru, dapatlah kita meningkatkan amalan dan membaiki diri..Di sini ada amalan doa akhir tahun dan hujung tahun..Semoga doa ini merupakan permulaan yang baik untuk amalan-amalan kita seterusnya.. Amin..

Doa akhir tahun:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam…Amin…

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.”


Doa awal tahun:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam….Amin…

Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Aduhai 4 orang isteriku..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini:

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!…
-dr Portal Muslimah

Setinggi-tinggi pujian kepada Allah kerana menemukan saya dengan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Terlalu banyak fadhilat ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah, antaranya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Dalam kegembiraan bertemu Ramadhan, hati saya semakin sayu mengenangkan arwah ibu yang tiada lagi.. Begitulah janji Allah, bila dah sampai waktunya siapalah kita untuk  menghalangnya.. Teringatkan setiap hari bersahur, mesti saya dan ibu saling menelefon untuk mengejutkan satu sama lain.. Biarpun dah bertahun berkahwin, ibu tetap tak dilupakan, kecuali saya pun terlajak tidur.. Apapun, semoga Ramadhan tahun ini membawa keinsafan dan pengampunan dosa kepada kita semua.. Al-Fatihah untuk arwah ibu yang sememangnya selalu dalam kenangan..

Kelebihan Ayat Kursi

Seorang pedagang sedang dalam perjalanan melalui padang pasir menuju sebuah negeri untuk menjual barang dagangannya. Dia selalu diikuti oleh rombongan perompak. Pada malam hari, ia membaca ayat Kursi sebanyak 7 kali dengan iktikad membuat dinding pertahanan sekitar dirinya dan sekitar hartanya sebelum tidur. Dibacanya ayat Kursi terus menerus sampai dia tertidur.

Pada keesokan pagi, dia ditemi oleh beberapa orang yang tidak dikenali dan mereka berkata “Wahai pedagang, pasti ada rahsia yang ajaib. Ketika kami hendak merompak harta benda dan membunuhmu pada malam tadi, kami melihat ada pagar besi yang tidak boleh ditembus pada sekitar tempat tidurmu. Berkali-kali kami ke tempatmu, dan setiap kali itu jugalah ada pagar tersebut. Kami ingin mengetahui amalanmu dan kami berjanji yang kami tidak akan berbuat jahat lagi asal saja kamu memberitahu amalan apa yang kamu kerjakan”.

Kemudian pedagang tersebut pun menerangkan ayat Kursi yang dibacanya.

Antara kelebihan lain ayat Kursi:

1) Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2,  serta Allah melimpahkanrahmat padanya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

7) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWTakan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

8) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

‘Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…’

Salawat dan salam buat Rasulullah S.A.W di atas keputeraan baginda hari  ini..  Sempena mengingati hari keputeraan baginda, saya telah membuka kitab lama saya yang bertajuk  ’50 WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA’. InsyaAllah,dari semasa ke semasa saya akan membuat ringkasan bagi setiap wasiat untuk teladan semua, khususnya saya..

Wasiat Rasulullah Untuk Wanita (Siri 1)

Dari  Abu Sa’id r.a. berkata, Rasulullah S.A.W keluar pada hari Aidiladha dan Aidilfitri ke tempat solat lalu beliau melalui para wanita dan berkata:

“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerna pernah diperlihatkan kepadaku tentang  kamu sekalian sebagai sebahagian besar dari penghuni neraka.”

Di dalam riwayat lain disebutkan:

“Bersedekahlahkamu semua dan perbanyakkanlah istighfar.”  Mereka bertanya “kerana apa wahai Rasulullah S.A.W?” Beliau menjawab “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (iaitu suami)“.

Berkat ilmu Allah, wanita akan mendapat 2 hal yang boleh dijadikan jalan keselamatan, iaitu bersedekah dan beristghfar. Seperti yang dijelaskan Nabi, “hendaklah salah seorang diantara kamu menjaga wajahnya dari api neraka walau hanya dengan (sedekah) separuh kurma”. Bahkan kata-kata yang baik dan manis  yang keluar dari mulutmu, engkau katakan kepada suamimu atau anakmu sudah ditulis sebagai sedekah di sisi Allah, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: ” Takutlah akan api neraka walau hanya (dengan) sedekah separuh kurma. Lalu apabila kamu tidak mendapatkannya, maka dengan kata-kata yang baik”.

Nabi S.A.W juga sangat menggalakkan kita sentiasa beristighfar bagi memohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik istighfar yang telah diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada kita ialah Penghulu Istighfar.

Beliau bersabda ” Penghulu istighfar ialah hendaknya engkau mengucapkan (ertinya): ‘Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Ilah melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku hambaMu dan aku berada di atas sumpah dan janjiMu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang kulakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku kembali dengan membawa dosa, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau sendiri’.

Dan beliau bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkannya dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni Syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia meyakininya, lalu dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni Syurga.”

Rujukan: Buku 50nWasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita, ditulis oleh Majdi As-Sayyid Ibrahim.

(p/s: Sila dapatkan bacaan penghulu istighfar dalam bahasa Arab, yang tertulis dia atas hanya maksudnya sahaja.)

Kesabaran Seorang Suami

epa0045l

Saya amat tertarik dengan kisah ini. Sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya.

Lelaki ini berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
“Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
“Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Alhamdulillah jika masih ada para suami yang dapat bersabar dengan kerenah isteri begini. Lazimnya, jika salah cakap sedikit pun si isteri dah terkena.. Berbalik kepada kisah ini yang menyatakan bahawa memasak, membasuh dan sebagainya tidak diwajibkan kepada isteri. Jadi mesti ramai yang tertanya, apa tugas wajib isteri? Seingat saya ketika mendengar syarahan ustaz di al-Kuliyyah, ada 4 tugas wajib isteri iaitu (1) Melayan suami dengan baik (2) Melayan anak dengan baik (3) Mendidik anak (4) Tak ingat, hehe.. So, kata ustaz tu masak memasak, basuh membasuh, kemas mengemas dan sebagainya adalah tugas bersama.. bukan tugas isteri seorang. Tapi lazimnya seorang isteri atau ibu tak pernah berkira dengan semua tugas dan kerja2 rumah nie..cuma janganlah pula suami lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya semua tugas kepada isteri walaupun isteri surirumah. Sama-samalah kita menjalankan kewajipan dengan sebaik2nya.

Rahmat Disebalik Ujian

Berikutan daripada sakit yang menimpa, saya terpanggil untuk berkongsi pahala apabila ditimpa ujian/musibah.

Ujian yang datang dari Allah ada dua, iaitu kesenangan dan kesusahan. Ujian yang berat ialah nikmat kesenangan, sedangkan ujian yang ringan ialah ujian yang menimpa badan seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini bertujuan untuk menguji kesabaran dalam menerima qadak dan qadar Allah. Kalau ia ternyata bersabar, ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi nikmat baginya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. (H.R Muttafaq alaih)

Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (H.R.Tarmizi)

Rasulullah S.A.W sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Baginda menegaskan bahawa “suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya.” (Maksud hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Dalam hadis lain pula, Baginda berpesan kepada suami dengan sabdanya yang bermaksud: “Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu. “Kamu tidak memiliki apa-apa pun daripada mereka, kecuali hak untuk menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka dan pukul mereka dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan.
“Jika mereka kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka.
“Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu adalah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu.
“Adapun hak isteri ke atas kamu adalah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka”. (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa meskipun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.

Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka.
Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: “Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami.
Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.

Marhaban Ya Ramadhan..

Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan berkat.. Berikut ialah pahala solat Tarawih untuk dikongsi bersama (dipetik dari sumber internet)

Hari & Keterangan Pahala
1 Dicabut dosanya seperti bayi baru lahir.
2 Diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya.
3 Dipanggil malaikat. kembalilah engkau beramal karena dosamu diampuni.
4 Diberi pahala seperti orang yang membaca kitab zabur, injil, taurat dan alquran.
5 Diberi pahala seperti yang sholat di masjid al-aqsa, masjid al-nabawi dan masjid al-harom.
6 Diberi pahala seperti yang tawaf di baitul ma’mur, yaitu tempat tawafnya para malaikat.
7 Diberi pahala seperti orang yang membantu nabi Musa AS saat berperang dengan fir’aun dan wakilnya haman.
8 Diberi apa saja seperti apa yang telah Allah berikan kepada nabi Allah Ibrohim AS.
9 Diberi pahala seperti ibadah nabi Allah Muhammad SAW.
10 Diberi rezki yang terbaik di dunia dan di akherat.
11 Apabila meninggal dunia, maka bersih segala dosanya seperti baru waktu dilahirkan.
12 Di hari qiamat wajahnya seperti bulan purnama.
13 Di hari qiamat akan selamat dari segala siksaan.
14 Disaksikan oleh malaikat tentang ibadah solat tarawihnya.
15 Dimohonkan ampunan dosa oleh seluruh malaikat.
16 Ditulis bebas dari api neraka dan termasuk ahli surga.
17 Diberi pahala ibadahnya seluruh para Nabi Allah.
18 Dipanggil malaikat, bahwa Allah telah redha kepadanya dan kepada orang tuanya.
19 Di syurga bakal naik pangkatnya.
20 Di hari qiamat selamat dari segala kebingungannya.
21 Diberi rumah di surga yang bentuknya dari cahaya.
22 Di hari qiamat diberi keamanan dari segala kesusahan.
23 Dibangunkan oleh Allah SWT kota yang ada di surga.
24 Diberi oleh Allah SWT dua puluh empat macam doa yang dimakbul (diterima).
25 Allah akan mengangkat siksa kuburnya.
26 Diterima amal ibadahnya selama empat puluh tahun.
27 Diwaktu melintas Sirotol Mustaqim seperti kilat.
28 Allah akan mengangkat darjatnya sampai seribu kali ganda ketika di syurga.
29 Allah akan memberi pahala seperti orang yang pergi haji seribu kali yang makbul (diterima).
30 Allah berkata “Wahai hambaku sekarang engkau telah ada di surga, silakan makan buah-buahan syurga dan silakan mandi di air Salsabil dan minumlah Air Danau, aku adalah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Pahala 7 Lapis Emas

Rasulullah S.A.W bersabda,
“wanita yang memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 lapis emas, manakala
wanita yang memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak..”

Kesimpulannya, picitla suami kita supaya dapat berlapis2 emas dan perak 😉