Archive for March, 2009

Salawat dan salam buat Rasulullah S.A.W di atas keputeraan baginda hari  ini..  Sempena mengingati hari keputeraan baginda, saya telah membuka kitab lama saya yang bertajuk  ’50 WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA’. InsyaAllah,dari semasa ke semasa saya akan membuat ringkasan bagi setiap wasiat untuk teladan semua, khususnya saya..

Wasiat Rasulullah Untuk Wanita (Siri 1)

Dari  Abu Sa’id r.a. berkata, Rasulullah S.A.W keluar pada hari Aidiladha dan Aidilfitri ke tempat solat lalu beliau melalui para wanita dan berkata:

“Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekalian, kerna pernah diperlihatkan kepadaku tentang  kamu sekalian sebagai sebahagian besar dari penghuni neraka.”

Di dalam riwayat lain disebutkan:

“Bersedekahlahkamu semua dan perbanyakkanlah istighfar.”  Mereka bertanya “kerana apa wahai Rasulullah S.A.W?” Beliau menjawab “Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (iaitu suami)“.

Berkat ilmu Allah, wanita akan mendapat 2 hal yang boleh dijadikan jalan keselamatan, iaitu bersedekah dan beristghfar. Seperti yang dijelaskan Nabi, “hendaklah salah seorang diantara kamu menjaga wajahnya dari api neraka walau hanya dengan (sedekah) separuh kurma”. Bahkan kata-kata yang baik dan manis  yang keluar dari mulutmu, engkau katakan kepada suamimu atau anakmu sudah ditulis sebagai sedekah di sisi Allah, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: ” Takutlah akan api neraka walau hanya (dengan) sedekah separuh kurma. Lalu apabila kamu tidak mendapatkannya, maka dengan kata-kata yang baik”.

Nabi S.A.W juga sangat menggalakkan kita sentiasa beristighfar bagi memohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik istighfar yang telah diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada kita ialah Penghulu Istighfar.

Beliau bersabda ” Penghulu istighfar ialah hendaknya engkau mengucapkan (ertinya): ‘Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Ilah melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku hambaMu dan aku berada di atas sumpah dan janjiMu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang kulakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku kembali dengan membawa dosa, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau sendiri’.

Dan beliau bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkannya dengan penuh keyakinan pada hari itu, lalu dia mati sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni Syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya dari sebahagian malam hari, sedangkan dia meyakininya, lalu dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk penghuni Syurga.”

Rujukan: Buku 50nWasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita, ditulis oleh Majdi As-Sayyid Ibrahim.

(p/s: Sila dapatkan bacaan penghulu istighfar dalam bahasa Arab, yang tertulis dia atas hanya maksudnya sahaja.)

Rindu Pada Yang Jauh..

Lamanya tak balik kl.. Rindu rasanya pada keluarga..ibu, kakak dan anak2 buah yang aktif tuee.. Last balik kl raya puasa tahun lepas..Berapa bulan dah tak jumpe?? Kalau dulu masa tinggal kat Gombak, boleh kata setiap hari jumpa. Kot tak pun, selang 3 hari mesti jumpa. Ye la, umah dalam satu taman jer.. Rasa nak lepak umah kakak, g beli goreng pisang, amik ibu saya kat umah dia,  5 minit je dah sampai.. Kot time borring2 ker, sekejap je dah sampai umah sedara.. Nie tak, dah lama betul tak jumpe..kenduri kendara pun susah nak g.. Apa nak buat, dah duduk jauh. Biar jauh, asalkan hati sentiasa dekat..

Upin Ipin

upin-ipin2

Semalam Terengganu cuti, so kami sekeluarga pergi ke Kuantan. Asalnya nak renew SSM suami yang dah lama expired, tapi dah alang2 kat sana saja bawa Ammar dan adiknya menonton wayang. Ada pulak cerita untuk kanak-kanak, so inilah masanya bagi 2 beradik nie merasa menonton wayang.. Overall memang bestlah cerita nie..bukan budak2 jer suka, bapak and mak budak pun ketawa berdekah-dekah..memang kelakar.. Berbaloi lah pergi..