Archive for the ‘Keluarga’ Category

2 minggu lepas merupakan percutian kami sekeluarga untuk pulang ke kampung suami, Bahau dan ke KL untuk berehat dan berjumpa saudara mara… Percutian yang dijangkakan amat menggembirakan, rupa2nya bertukar sedih bila mana ibu saya dijemput Illahi pada 8 Ogos 2009, jam 12.40 pagi..

Hanya muntah-muntah, demam dan pening kepala, ibu dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air kerana dehydrated. Hari ke-3 di hospital doktor suspect denggi.. Hari ke-5, suspect denggi berdarah pula.. Tetapi bukan denggi sebenarnya.. Yang terakhir, doktor claimed ibu dijangkiti kuman dimana menyebabkan beberapa organ di badannya tak dapat berfungsi dengan baik..

Sememangnya Allah lebih sayangkan dia, kerana malam sebelum tu dia sihat dan sempat makan malam bersama kami sekeluarga di luar. Hanya doa dan ayat Al-Quran diutuskan supaya rohnya tenang, dijauhkan dari siksa kubur dan diterangi dengan Nur dari-Nya.. Mohon Allah tabahkan hati saya kerana semuanya berlalu terlalu pantas dan tanpa dijangka sama sekali.. Al-Fatihah..

Rumah Baru..Dan Ragam Anak

Selamat datang ke rumah baru saya nie.. Seperti biasa, hubby saya lah yang menguruskan perpindahan rumah baru nie, saya tau type and send jer..hehehe.. Apa nak citer ye..Sekarang nie tengah sibuk menyiapkan projek menjahit manik yang lama tergendala dan juga dalam proses menyiapkan ebook saya yang pertama. Jenuh gak nak siapkan ebook nie, walaupun banyak idea, tapi sebab dah terlampau banyak, susah juga nak susun yang mana patut didulukan dan mana yang patut dikemudiankan. InsyaAllah, bila dah siap saya bagitau yea..dan pastikan anda antara yang pertama membelinya..hehe..promosi la pulak. Kui..kui..kui..

Teringat 2 hari lepas, cerita tentang angin. Kat terengganu nie la baru saya dapat merasa angin ribut ala2 ‘tornado’.  Berdengung bunyi angin, punya lah kuat sampai tengah tido malam pun saya boleh terkejut dengar angin tu. Sliding door rumah pun, berdentam dentum kena langar dek angin. Dalam hati, mau pecah pulak pintu nie karang.. Nasib baik umah batu, kalau umah papan, mau roboh rumah hamba..hehe..

So, dikisahkan 2 hari lepas, Ammar melawan cakap saya. Biasalah anak, kalau ibu cakap 10x pun dia tak heran. kalau ayah dia cakap sekali, barulah sibuk nak nangis. Masa tu, Ammar tak dengar cakap saya, nak dijadikan cerita, angin tornado nie pun datang. So saya cakap la kat dia, ” itulah Ammar, tak dengar cakap ibu, tengok Allah dah marah, dia hantar angin untuk kejar Ammar. Cuba dengar bunyi angin tue, dia cari Ammar tu..”  Ammar dengan perasaan takut cepat2 sembunyi kat belakang saya, dan terus mengikut ke mana saya pegi.. Dalam hati kelakar gak, tapi sekali sekala kene ajar gak budak kecik nie. Tak lama lepas tue baru saya cakap kat dia, “cepat minta maaf kat ibu, kalau tak angin tu kejar Ammar lagi”. Dia pun secara spontan cepat-cepat salam tangan saya dan minta maaf. Dan kebetulan angin pun dah tak dengar lagi masa tue.. Saya pun cakap balik kat dia “tengok, Ammar minta maaf je, angin pun dah berhenti..lain kali jangan lawan ibu lagi tau..” Ammar mengangguk je tanda faham. 10 minit lepas tu, tengok2 dia dah tertidur.. Dalam hati, kesian juga takut agaknya dia..tapi ada masanya dia perlu juga diberi pengajaran..

Hari nie, adik pulak sibuk memanjat walau dah ditegur banyak kali. Ammar pulak cakap “bu, adik tak dengar cakap ibu, nanti Allah marah, angin kejar adik kan bu..” Dalam hati saya, anak-anak yang masih kecil nie memang terang hati, apa yang kita ajar, cepat dapat.. Alhamdulillah, teori jangan melawan ibu dia dah dapat, tapi praktikalnya macam tu juga.. Biasalah budak. Teringat masa zaman saya kecik dulu pun macam tu jugak. Bila ibu saya membebel, buat macam dengar lagu jer..makin banyak membebel, makin sedap dengar. Cuba suara ayah, boleh demam dibuatnya.. Akhir kalam..doa ibu semoga anak2 ibu semua jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan taat juga pada ibu dan ayah. Amin..

Happy Birthday To Me

Smalam birthday saya.. Buat keluarga, sedara mara dan kengkawan yang wish tue, tima kasih banyak2 sebab mengingati.. Disebabkan jauh dari keluarga, so celebrate anak beranak je la.. G makan kat Steven Corner.. Hubby i belanja steamboat yang memang sodap bonar raso eh.. ditambah pulak dengan udang galah masak tomato, baby khailan, nasi goreng kung fu… wah..wah..wah.. dah ada yang terliur tue.. hehe.. Apa2pun makanan kat sini memang sedap..sampai sayur yang simple tu pun terasa begitu sedap sekali.. Tapi INGAT, harganya pun sedap gak la..he.. sekali sekala, apa salahnya..

Disebabkan harga yang SEDAP tu, malulah i nak minta birthday cake lagi.. (kes malu2 kucing la nie..he..) Tapi disebabkan dah tua, tak kisahla kek tue.. Janji tahun nie i dapat BIG PRESENT!!! Apa dia?? Teng..teng..teng.. MESIN JAHIT SINGER… Dari zaman anak dara lagi dah kepingin mesin jahit, akhirnya terkabul juga.. hehe.. Tima kasih banyak2 untuk hubby i tue.. Semoga bertambah2 rezeki tahun nie dan selama2nya..

mesinjahit

Mesin Jahit Singer Kesayanganku…

faris01

Alhamdulillah, pada 24 Januari yang lepas selamat dijalankan majlis aqiqah Faris bersama-sama sepupunya Aqif di Bahau, rumah mertua saya.. Semuanya berjalan lancar walaupun Faris masih belum sihat sepenuhnya..

Kepada yang banyak membantu untuk kenduri tue, terima kasih diucapkan.. Ucapan terima kasih khas untuk kak long sha saya yang merupakan orang kuat masa kenduri.. Kalau tak ada kakak yang sorang nie.. memang susah hati, sebab kak long memang cekap tentang urusan2 memasak nie.. Terima kasih ye kak long..

Dan rasanya kenduri kali nie saya agak kurang dapat menolong sebab Faris asyik minta didukung aje..ye la badan dia masih kurang sihat.. Jangan marah ye kepada yang lain2.. Kenduri lain nanti kita ganti balik.. Harap2 dapatlah faham situasi ibu yang ada baby kecik, dan baby nie tak berapa sihat pula tue.. Kalau ada bibik yang jaga anak, tak de masalah keje non-stop.. Nie harapkan Faris tidur baru dapat membantu yang mana patut..

Overall, kenduri kali nie memang seronok sebab ketujuh-tujuh adik beradik balik.. Gamat dengan kerenah anak2 sedara yang ramai tue.. Tapi seperti biasa, dalam gembira..ada juga mendungnya.. Biarlah rahsia…

Gambar Faris Semasa Di Hospital

Setelah demam 4 hari, anak kedua saya yang comel nie terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan ada infection pada peparunya.. Kesian melihat bila dia batuk berkahak..sampai merah2 muka dibuatnya.. Makan pun tak lalu.. asyik nak berdukung jer.. Sampai satu tahap bila dia dah mula lembik dan asyik berbaring jer, saya agak panik.. Petang tu juga di bawa ke klinik, dan doktor arahkan terus masuk hospital..

Dua hari di hospital, Faris dibenarkan pulang, tapi diarahkan kuarantin oleh doktor sampai dia betul2 sembuh. Takut pula penyakit lain yang datang memandangkan dia masih lemah. Tak boleh bawa dia ke tempat orang ramai seperti shopping complex dan sebagainya..

Alhamdulillah sekarang nie Faris beransur sembuh.. Cuma dua tiga hari nie demam panasnya datang balik, terpaksa control dengan ubat demam.. Mungkin demam tumbuh gigi kot.. Doa ibu, semoga anak ibu yang seorang nie cepat2 sembuh sepenuhnya.. Amin..

Ammar Mula Bersekolah


Hari nie dah masuk minggu ke-2 Ammar bersekolah.. Dan buat pertama kalinya, hari ni dia tak sabar2 nak bersekolah, dan ternanti-nanti van sekolahnya datang.. Kelakar juga melihat aksi Ammar.. Tapi jauh dalam hati senang dengan perubahan nya itu, sebab tak perlulah saya mendengar rengekannya yang tak mahu pergi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya..

Memandang kepada anak kecil berusia 4 tahun ke sekolah, timbul juga rasa kesian..kenapa di umur yang begitu awal patut dihantar ke sekolah.. Tapi, kalau duduk di rumah pun, dia leka menonton Astro Ceria nya. Bila disuruh membaca buku, tak sampai pun setengah jam, tapi menonton TV berjam2 pun tak per. Sebab tu la saya suarakan kepada ayahnya agar menghantar abang sulung ni ke sekolah. Dengan harapan, dapatlah dia belajar berdikari, belajar membaca (saya di usia 4 tahun dah boleh membaca) dan solat, mengaji dan serta sebagainya.

Hari-hari pertama dia ke sekolah, ada rasa sunyi bila di rumah.. Dah besar dah anak ibu, dah pergi sekolah.. Tapi, dalam hati pulak..rasa dah tua pulak..sebab dah ada anak yang bersekolah..hahaha..walhal rakan-rakan yang seangkatan saya ramai yang belum berkahwin. Kot dah pun, kebanyakkannya anak masih baby lagi..

Terasa cepatnya masa berlalu..

Sekarang nie kami sekeluarga sedang bercuti di Kuantan, memandangkan suami ada kursus di sini selama 6 hari. Menginap di Hotel Megaview yang terletak betul-betul di tepi Sungai Kuantan memang best.. Pandangan yang cantik mengadap sungai dan saujana mata memandang, sesuai dengan nama hotel nie.. Apa pun, ni la masa untuk berehat dari segala kerja rumah..hehe.. Tapi masih banyak baju menanti untuk dijahit manik.. InsyaAllah nak cuba siapkan jugak. Ni gambar 2 permata hati yang sempat berposing dengan sweater yang di buat oleh ibunya sendiri.

Gambar Faris yang semakin semangat.. Pantang ada masa terluang, nak susu jer.. Anyway, baju Faris nie saya kait masa abang dia nak lahir, tapi tak sempat pakai sebab abangnya membesar telalu cepat. Rupa2nya rezeki adik.. Baju Ammar pulak designnya lebih cantik walaupun macam gurl ckit. Puas hati bila tengok anak-anak pakai baju hasil kerja tangan sendiri. Sesiapa yang minat buat sweater ni bolehla blajar buat knitting, sebab hobi ni lebih dipelopori orang Cina. Orang kita lebih kepada mengait..mungkin dah tradisi agaknya..


Happy Birthday Hubby..

Love poem for my husband on his birthday…


With a loving glance or a tender kiss
you make my cares disappear
Warm thoughts of you surround me
and always keep you near.

I need nothing more from you than this –
to know that you’ll always be mine
And the promise of your love in my life –
until the end of time.

“Happy Birthday”

“HAPPY BIRTHDAY MAK LANG!”
Semoga panjang umur, bertambah-tambah rezeki dan gembira selalu…
Nanti kalau mak lang datang sini, Ammar dan Faris buatkan Mak Lang kek ni ye… 😉

Mak Su dan Keluarga

Gambar Mak Su Sekeluarga Bersama Ammar & Faris

Dah lama nak tulis article nie, sebagai ucapan terima kasih untuk mak su dan keluarga yang datang ke teratak kami pada 20hb, minggu lepas.. Bukan sekadar datang melawat, tapi mak su bawa banyak buah tangan.. antaranya tikar Sarawak (macam tau2 jer kite orang nak beli :-), kuih tart, arca buah, limau jepun dan kereta mainan untuk Ammar. Tima kasih banyak2… Dan seperti biasa, kalau ada tetamu Ammar la orang yang paling gembira..

Seronok sebenarnya menerima tetamu.. Murah rezeki tuan rumah kalau tetamu pulang dgn gembira.. Alhamdulillah semenjak berpindah ke Kemaman nie, setiap bulan ada tetamu.. So, di kesempatan nie juga nak merakam terima kasih kepada tetamu dari kl yang telah datang pada bulan2 lepas.. Ibu saya yang selalu dalam ingatan, uncle, khairul, uwan, mak long, bandin, kak ain, kak etta, anak2 yang comel shirah dan iman.. Senang2 jemputla datang lagi.. Boleh kita pergi mandi manda di Cherating..;-) Kepada yang belum datang, pintu rumah sentiasa terbuka..