Archive for August, 2009

Setinggi-tinggi pujian kepada Allah kerana menemukan saya dengan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Terlalu banyak fadhilat ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah, antaranya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Dalam kegembiraan bertemu Ramadhan, hati saya semakin sayu mengenangkan arwah ibu yang tiada lagi.. Begitulah janji Allah, bila dah sampai waktunya siapalah kita untuk  menghalangnya.. Teringatkan setiap hari bersahur, mesti saya dan ibu saling menelefon untuk mengejutkan satu sama lain.. Biarpun dah bertahun berkahwin, ibu tetap tak dilupakan, kecuali saya pun terlajak tidur.. Apapun, semoga Ramadhan tahun ini membawa keinsafan dan pengampunan dosa kepada kita semua.. Al-Fatihah untuk arwah ibu yang sememangnya selalu dalam kenangan..

Hari nie birthday anak sulung saya yang manja, Ammar Iskandar yang ke-4 tahun..  Ayahnya membelikan kek bertema Transformers yang menjadi kegilaan dia sekarang nie.. Dapat pulak hadiah robot Transformers.. Apalagi, seronok tak terkata, sampai tidur pun bawa “Le Tormas”(sebutan pelat Ammar untuk Transformers) sekali..hehe..

Mengimbas detik kelahiran Ammar, dia dilahirkan tepat jam 9.12 pagi hari Ahad.. Mengandungkan Ammar memang mudah, dia dari dalam perut tak banyak ragamnya, hinggalah saat melahirkan, sakit pun tak terasa.. Akibat tak terasa sangat sakit contraction tue, so saya pun tak reti la nak push..hehe..akibatnya terpaksa lah di vacum untuk mengeluarkan si comel nie..

Apapun, Happy Birthday sayang.. Semoga menjadi anak soleh, taat pada Allah dan ibu bapa, dan berjaya dunia akhirat.. Amin..

Ammar sedang meniup lilin

Ammar sedang meniup lilin

Bergambar berdua..

Bergambar berdua..

sdc11839

2 minggu lepas merupakan percutian kami sekeluarga untuk pulang ke kampung suami, Bahau dan ke KL untuk berehat dan berjumpa saudara mara… Percutian yang dijangkakan amat menggembirakan, rupa2nya bertukar sedih bila mana ibu saya dijemput Illahi pada 8 Ogos 2009, jam 12.40 pagi..

Hanya muntah-muntah, demam dan pening kepala, ibu dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air kerana dehydrated. Hari ke-3 di hospital doktor suspect denggi.. Hari ke-5, suspect denggi berdarah pula.. Tetapi bukan denggi sebenarnya.. Yang terakhir, doktor claimed ibu dijangkiti kuman dimana menyebabkan beberapa organ di badannya tak dapat berfungsi dengan baik..

Sememangnya Allah lebih sayangkan dia, kerana malam sebelum tu dia sihat dan sempat makan malam bersama kami sekeluarga di luar. Hanya doa dan ayat Al-Quran diutuskan supaya rohnya tenang, dijauhkan dari siksa kubur dan diterangi dengan Nur dari-Nya.. Mohon Allah tabahkan hati saya kerana semuanya berlalu terlalu pantas dan tanpa dijangka sama sekali.. Al-Fatihah..