Archive for February, 2009

Kesabaran Seorang Suami

epa0045l

Saya amat tertarik dengan kisah ini. Sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya.

Lelaki ini berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
“Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
“Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Alhamdulillah jika masih ada para suami yang dapat bersabar dengan kerenah isteri begini. Lazimnya, jika salah cakap sedikit pun si isteri dah terkena.. Berbalik kepada kisah ini yang menyatakan bahawa memasak, membasuh dan sebagainya tidak diwajibkan kepada isteri. Jadi mesti ramai yang tertanya, apa tugas wajib isteri? Seingat saya ketika mendengar syarahan ustaz di al-Kuliyyah, ada 4 tugas wajib isteri iaitu (1) Melayan suami dengan baik (2) Melayan anak dengan baik (3) Mendidik anak (4) Tak ingat, hehe.. So, kata ustaz tu masak memasak, basuh membasuh, kemas mengemas dan sebagainya adalah tugas bersama.. bukan tugas isteri seorang. Tapi lazimnya seorang isteri atau ibu tak pernah berkira dengan semua tugas dan kerja2 rumah nie..cuma janganlah pula suami lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya semua tugas kepada isteri walaupun isteri surirumah. Sama-samalah kita menjalankan kewajipan dengan sebaik2nya.

Rumah Baru..Dan Ragam Anak

Selamat datang ke rumah baru saya nie.. Seperti biasa, hubby saya lah yang menguruskan perpindahan rumah baru nie, saya tau type and send jer..hehehe.. Apa nak citer ye..Sekarang nie tengah sibuk menyiapkan projek menjahit manik yang lama tergendala dan juga dalam proses menyiapkan ebook saya yang pertama. Jenuh gak nak siapkan ebook nie, walaupun banyak idea, tapi sebab dah terlampau banyak, susah juga nak susun yang mana patut didulukan dan mana yang patut dikemudiankan. InsyaAllah, bila dah siap saya bagitau yea..dan pastikan anda antara yang pertama membelinya..hehe..promosi la pulak. Kui..kui..kui..

Teringat 2 hari lepas, cerita tentang angin. Kat terengganu nie la baru saya dapat merasa angin ribut ala2 ‘tornado’.  Berdengung bunyi angin, punya lah kuat sampai tengah tido malam pun saya boleh terkejut dengar angin tu. Sliding door rumah pun, berdentam dentum kena langar dek angin. Dalam hati, mau pecah pulak pintu nie karang.. Nasib baik umah batu, kalau umah papan, mau roboh rumah hamba..hehe..

So, dikisahkan 2 hari lepas, Ammar melawan cakap saya. Biasalah anak, kalau ibu cakap 10x pun dia tak heran. kalau ayah dia cakap sekali, barulah sibuk nak nangis. Masa tu, Ammar tak dengar cakap saya, nak dijadikan cerita, angin tornado nie pun datang. So saya cakap la kat dia, ” itulah Ammar, tak dengar cakap ibu, tengok Allah dah marah, dia hantar angin untuk kejar Ammar. Cuba dengar bunyi angin tue, dia cari Ammar tu..”  Ammar dengan perasaan takut cepat2 sembunyi kat belakang saya, dan terus mengikut ke mana saya pegi.. Dalam hati kelakar gak, tapi sekali sekala kene ajar gak budak kecik nie. Tak lama lepas tue baru saya cakap kat dia, “cepat minta maaf kat ibu, kalau tak angin tu kejar Ammar lagi”. Dia pun secara spontan cepat-cepat salam tangan saya dan minta maaf. Dan kebetulan angin pun dah tak dengar lagi masa tue.. Saya pun cakap balik kat dia “tengok, Ammar minta maaf je, angin pun dah berhenti..lain kali jangan lawan ibu lagi tau..” Ammar mengangguk je tanda faham. 10 minit lepas tu, tengok2 dia dah tertidur.. Dalam hati, kesian juga takut agaknya dia..tapi ada masanya dia perlu juga diberi pengajaran..

Hari nie, adik pulak sibuk memanjat walau dah ditegur banyak kali. Ammar pulak cakap “bu, adik tak dengar cakap ibu, nanti Allah marah, angin kejar adik kan bu..” Dalam hati saya, anak-anak yang masih kecil nie memang terang hati, apa yang kita ajar, cepat dapat.. Alhamdulillah, teori jangan melawan ibu dia dah dapat, tapi praktikalnya macam tu juga.. Biasalah budak. Teringat masa zaman saya kecik dulu pun macam tu jugak. Bila ibu saya membebel, buat macam dengar lagu jer..makin banyak membebel, makin sedap dengar. Cuba suara ayah, boleh demam dibuatnya.. Akhir kalam..doa ibu semoga anak2 ibu semua jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan taat juga pada ibu dan ayah. Amin..

forn732l

Dah lama fikirkan isu nie, tapi tak juga dapat jawapannya.. Nak bekerja atau tidak? Memanglah saya pernah bekerja dan pernah juga meninggalkan anak sulung saya di rumah orang dan taska, tapi setiap kali pergi bekerja, setiap kali jugalah perasaan bersalah menghantui diri sebab tak dapat meluangkan masa dan menjaga anak2 sendiri.. Ditambah pulak dengan kerenah Ammar yang merengek2 dan merayu..”ibu janganlah work..” sayu rasa hati.. Cuma kuatkan semangat kerja ni nak mencari rezeki..

Mungkin orang lain tak ada masalah nie.. Sebab lepas pantang je, terus hantar anak ke rumah pengasuh / taska, tapi anak saya mengalami 2 keadaan. Masa Ammar, saya tak bekerja sampai dia 9 bulan.. Masa mula2 hantar dia ke Taska, bukan Ammar je meraung, ibu dia pun ikut mengalir air mata sebab sedih berpisah dengan anak..He.. Nie time Faris lak, masa dia 4 bulan ada menyuarakan rasa hati nak bekerja kat suami, tapi suami suruh tunggu dia besar sikit, kesian katanya..

Ikutkan ekonomi, Alhamdulillah semakin baik semenjak berpindah ke Kemaman nie..Ikutkan tak perlulah saya nak bekerja.. TAPI.. ada masa tersentuh juga rasa hati bila melihat kejayaan kawan2 saya yg lain.. ada 5 kawan baik, aishah sambung phd di melbourne, taty sedang sambung master (sponsored under UKM), ila dah jadi lecturer di IPTA (satu2nya kawan saya yg dpt jadi lecturer di jabatan kerajaan) dan yam pula dah jadi manager.. Kalau saya bekerja tak berhenti2, agak2nya kat mana saya sekarang kan?

Tak pernah pun rasa menyesal berhenti kerja demi menjaga anak2.. Bagi saya itu yang paling penting antara semua.. Kadang2 terfikir nak belaja satu kemahiran dan buat kerja di rumah je sampai bila2.. Tapi kengkadang teringat juga saat2 manis bekerja dulu..

Tapi sebenarnya bukanlah seronok sangat pun bekerja nie, letih apalagi balik nak menguruskan anak2 dan rumahtangga.. Cuma kelebihannya dapatlah memegang duit sendiri, dapat beli apa yang teringin tanpa perlu meminta duit suami dan dapat manfaatkan ilmu yang ada.. Keburukannya pula, anak2 terabai dan kurang kasih sayang dan badan letih sebab balik kena selesaikan kerja2 rumah.. So, apa kesimpulannya??? Tak dapat juga…isk..isk..isk..

Tercetusnya isu nie sebab malam tadi tengok ada email dr jobstreet, vacancy sebagai scientist / MLT di Hospital Pantai.. Memandangkan pernah bekerja di situ, rasanya peluang mendapat kerja agak cerah..Hati semangat nak apply, tapi bila memikirkan anak2 yang masih kecil nie semangat merudum.. Itulah dilema sebagai ibu.. Kadang2 saya terfikir sendiri, alangkah baiknya kalau saya dapat jadi macam orang lain.. Relax je g kerja.. Tapi saya tetap saya..