Archive for the ‘Dari Pena Saya..’ Category

Kembali Online

Lamanya tak menulis di blog nie.. Rasanya semenjak ada facebook nie, semua yang ada dalam fikran nak ke facebook ajer.. Kesian blog ni yang semakin dilupakan. Hehe…

Walaubagaimanapun, menulis di blog ni lebih banyak kelebihannya, sebab di sinilah tersimpan segala catatan dan memori.. Khususnya untuk keluarga, pahit manis, gambar anak dari kecil hingga dah besar.. Itu yang istimewanya.. Berbanding facebook, semua post kita hilang macam tu jer..

Dan diharap, blog saya ni juga dapat mengumpul lebih ramai kenalan yang menjalankan bisnes online, supaya dapat menyumbangkan idea dan berkongsi segala pengalaman yang ada. Untuk makluman semua, saya  juga menjalankan bisnes online sepenuh masa.. Senang2 jemputlah ke website saya http://silkysite.com. Komen membina dialu-alukan untuk membaiki segala kekurangan. Berjumpa lagi!

Semalam petang saya mengajak suami & anak2 ke Taman Tasik Sri Gombak. Saja la nak bertukar angin dan mengambil angin..jalan2 kat taman, then pekena char kway teow yang memang terkenal sedap kat taman tue..Sekali-sekala, best gak.  Balik dari taman je, seperti biasa bopren i ni singgah la dulu kedai bawah tu nak beli barang dia. Biasanya saya dan anak2 akan naik dulu, tinggalkan ayahnya beli barang. Tapi kali ni, rajin pulak menunggu.

Bersama2 kami naik lif tu, ada seorang perempuan lain, dia brenti tingkat 3. Elok je dia keluar lif, terus pintu lif tu jam. Sebenarnya lif tu okay, cuma pintunya rosak..tak boleh nak bukak. Kesudahannya, lif tu naik sampai tingkat 10, turun balik tingkat 5, tingkat 3, naik balik, turun balik, tapi tak jugak terbuak2 pintunya.. Last2 tekanla loceng kecemasan tu minta bantuan.. Nervous jugak, ye la lif ni terus bergerak, kita pulak terperangkap kat dalam. Nasib baiknya air cond masih berfungsi, jadi tak der la kami anak beranak sesak nafas. Lepas setengah jam, baru la kami berjaya keluar..

 Apapun, tak ada la panik sangat sebenarnya sebab husband i ada sama. Tapi kalau dia tak de time tu, mesti gelabah habis.. Pikir gak, di buatnya kot ammar nak terbuang air besar ke, mau haru dibuatnya…hehe..Apapun, ini merupakansatu pengalaman juga la..Yang mengingatkan saya, walau turun bawah buang sampah pun, mesti kena bawa handphone..manala tau berlaku emergency macam nie..at least boleh dapat bantuan dengan lebih cepat.. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan..eh eh, kena ke peribahasa ni dengan lif? belasah la labu…hehe..

lif

beautiful sunset
TODAY
IS THE BEGINNING OF A NEW DAY
I HAVE THIS DAY TO USE AS I WILL,
I CAN WASTE IT
      OR GROW IN LIGHT
    AND BE OF SERVICE TO OTHERS.
BUT WHAT I DO WITH THIS DAY IS IMPORTANT,
BECAUSE I HAVE EXCHANGED A DAY OF MY LIFE FOR IT.
WHEN TOMORROW COMES,
TODAY WILL BE GONE FOREVER
I HOPE I WILL NOT REGRET THE PRICE I PAID FOR IT..

Projek Baru

Projek baru telah pun bermula sejak 2 minggu lepas di mana memaksa saya menambah komitmen yang sedia ada dengan menghadiri kelas setiap malam selasa dan petang sabtu. Projek ni memang dah lama dalam kepala, cuma suami tak berapa confident. Tapi semenjak dia bekerja di tempat baru nie persepsi untuk projek baru ni dah berubah dan bila dah dapat lampu hijau, saya tak teragak-agak untuk terus memecut ke gear dua..hehe.. InsyaAllah 2 minggu lagi saya akan sit untuk exam, dan kalau ada rezeki bolehlah saya canangkan di blog nie.. Buat masa ni, biarlah rahsia..

Apapun, sekalung terima kasih untuk suami saya yang volunteer menjaga anak2 saya sepanjang masa class..Habis je exam saya ni, turn dia pula untuk pergi ke class. Semoga projek baru nie berjaya. Amin.

Musim Sakit Mata..

800px-Pink_eyeHari ni saya mula kembali bekerja setelah 3 hari M.C. Rasanya kalau g hospital lagi mesti dapat paling kurang 2 hari M.C lagi nie, sebab mata saya masih sakit dan merahnya masih kelihatan. Dalam masa 2 minggu, ini kali kedua saya mengalami sakit mata dengan 2 jenis konjunktivitis yang berbeza. Pada masa yang sama, anak kedua saya, Faris juga mengalami 2 kali sakit mata. Serik juga rasanya kena sakit mata berulang kali..tapi cepat2 istighfar dan kembali ingat yang setiap penyakit datangnya dari Allah, dan atas kehendakNya jualah semua berlaku.

Kepada yang lain, be aware lah sebab sekarang ni memang musim sakit mata, sebab anak buah saya yang 8 bulan pun, dah kena sakit mata semalam. Nak kata berjangkit dari saya, tidaklah pulak, sebab dia tinggal di Rawang. Kesimpulannya, janganlah sentuh mata dengan tangan yang kotor, lebih elok, gunakan tisu untuk menjamin kebersihan..

Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk bertemu di tahun baru ini.Semoga dengan terbukanya kitab amalan baru, dapatlah kita meningkatkan amalan dan membaiki diri..Di sini ada amalan doa akhir tahun dan hujung tahun..Semoga doa ini merupakan permulaan yang baik untuk amalan-amalan kita seterusnya.. Amin..

Doa akhir tahun:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam…Amin…

Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.”


Doa awal tahun:

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam….Amin…

Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

Aduhai 4 orang isteriku..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini:

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!…
-dr Portal Muslimah

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


-Sekadar mengingati arwah ibuku yang terlalu kurindui.. Al-Fatihah..

Sedar tak sedar, hari nie dah 13 syawal.. Niat di hati memang nak menulis dan membuat ucapan paling popular “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin”.. Tapi apakan daya, kesibukan beraya membataskan masa melayari dan menulis di blog kesayangan saya nie..

Apapun, diharapkan semoga raya tahun nie membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.. Seperti raya2 tahun lepas, saya dan keluarga memang tak lepas peluang mengambil gambar keluarga, di mana dah jadi acara wajib bagi kami. Kalau tak sempat bergambar di pagi raya, sanggup make-up balik dan pakai semula baju raya demi menjayakan sesi fotogragi bersama keluarga di sebelah petang.. Hasilnya seperti yang dilihat di atas. Memandangkan sekarang nie saya di Perak, jadi copy je la gambar dari blog hubby.. Harap darling i tu tak marah la ye.. InsyaAllah bila balik nanti, bolehla di upload gambar2 anak2 yang cute tue…

Berjumpa lagi di lain siaran..

Setinggi-tinggi pujian kepada Allah kerana menemukan saya dengan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Terlalu banyak fadhilat ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah, antaranya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Dalam kegembiraan bertemu Ramadhan, hati saya semakin sayu mengenangkan arwah ibu yang tiada lagi.. Begitulah janji Allah, bila dah sampai waktunya siapalah kita untuk  menghalangnya.. Teringatkan setiap hari bersahur, mesti saya dan ibu saling menelefon untuk mengejutkan satu sama lain.. Biarpun dah bertahun berkahwin, ibu tetap tak dilupakan, kecuali saya pun terlajak tidur.. Apapun, semoga Ramadhan tahun ini membawa keinsafan dan pengampunan dosa kepada kita semua.. Al-Fatihah untuk arwah ibu yang sememangnya selalu dalam kenangan..