Archive for April, 2009

Sejak beberapa bulan nie, saya dan suami gila menonton “The Biggest Loser’ yang ditayangkan di Astro Channel 702 setiap 7 malam.  Rancangan nie merupakan program realiti, di mana peserta-peserta yang mengalami obesiti / berlebihan berat badan  dimasukkan ke dalam akademi untuk di ‘train’ supaya menjadi kurus. Pada saya, berbanding rancangan Akademi Fantasia, rancangan nie berpuluh-puluh kali baiknya, di mana dalam program ini, para peserta terpaksa bersenam sepanjang hari dan menjalani program makanan yang betul. Apa yang menariknya ialah, kita dapat melihat sebesar-besar manusia iaitu lebih kurang 400 pounds berubah menjadi sehensem / secantik-cantik manusia! Dari yang mempunyai pelbagai penyakit, menjadi sihat.. Betapa rancangan ni mampu merubah hidup seseorang dan tahap keyakinan diri mereka. Itu yang paling menarik..

Dan dalam kegilaan itu, saya terjumpa pula satu produk menguruskan badan yang terhasil daripada bahan-bahan semulajadi sahaja. Tiada bahan kimia. Di mana dengan mengambil produk ini, ia akan merangsang sel-sel di badan kita untuk membakar lemak dengan sendirinya. Istimewanya produk ini, kita tidak akan berasa lapar, langsung tiada keinginan untuk makan dan tak perlu bersenam.. Tapi kalau bersenam, kesan langsing tu tentulah akan berlaku dengan lebih cepat lagi.. Dan, apa yang paling mendorong saya untuk mencuba produk ini ialah testimoni orang yang terdahulu. Seakan-akan melihat program The Biggest Loser, cumanya dengan produk ini tak perlu bersenam bermati-matian..

Memperkenalkan Produk Jus Mate 5…

BERAT ASAL EN AZLEE 135 KG

BERAT ASAL EN AZLEE 135 KG

BERAT TERKINI, SELEPAS 4 BULAN BERSAMA JUS MATE 5 -  74 KG

BERAT TERKINI, SELEPAS 4 BULAN BERSAMA JUS MATE 5 - 74 KG

Terpaku dengan perubahan En. Azlee? Saya juga begitu! Banyak lagi testimoni yang akan membuatkan anda terpaku dan tak senang duduk. Layari laman web saya http://langsing2u.com dan cubalah Jus Mate 5 hari ini juga!

TUNGGU! Anda juga boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 angka dengan produk Jus Mate 5! Nak tau caranya? Layari:

http://langsing2u.com

Good News..

Hari nie saya dapat satu berita gembira.. Kalau ikutkan biasa jer, cuma happy sebab at last ada panggilan interview dari SPA bulan depan. 2 tahun lepas memang ada 2 panggilan, tapi masa tu eksyen tak pergi sebab nak berniaga sendiri. Sekarang nie dah setahun apply, baru ada rezeki nak mencuba nasib. Tujuan saya post kan berita nie ialah nak mohon anda semua doakanlah saya..semoga dapat job tu. Moga-moga dengan doa saya, suami, ibu dan ramai2 lagilah, ada la rezeki anak-anak. Amin..

Seperti biasa, saya tak akan ketinggalan kalau ada rancangan Datuk Dr Fadzilah Kamsah di TV. Belau nie memang motivator favorite saya dari zaman sekolah, sampailah zaman mak budak nie..hehe.. Cuma kali nie, saya terajin pula mencatat segala isi penting ceramahnya memandangkan tajuk kali nie amat menarik, rintihan isteri yang tak terucap…

Semoga catatan saya nie berguna untuk para suami di luar sana..

Berikut ialah ringkasan  rintihan isteri yang tak terucap nie..

1) Isteri takut meluahkan perasaan..kerana takut suami marah. Kadang-kadang baru je isteri intro, suami dah mula marah-marah. Abih tu camner? Pendam kan ajer la..

2) Isteri sedia mendengar, tetapi suami pula tak nak bercerita. Kadang-kadang puas isteri bertanya, apa cerita di pejabat, apa cerita hari nie, tapi selalunya suami endah tak endah je, jawab “tak ada apa”, “macam biasa jer”.. Allah dah jadi isteri sebagai pendengar yang baik, maka kepada suami-suami berceritalah.

3) Wanita diberikan anugerah menggunakan otak kanan dan otak kirinya secara serentak. Oleh itu, para isteri ni boleh bercerita dan bercakap tentang semua perkara pada satu-satu masa, dari soal anak, soal jiran, kereta, kerja, artis dan banyak lagi tanpa sebarang kaitan. Oleh itu, para suami dengar je la cerita isteri tue, paling-paling pun makan panadol je lepas tu pasal sakit kepala…hehe..

4) Wanita nie dah sifatnya tak boleh simpan banyak benda dalam kepala. So, kerja dia memang nak bercakap jer.. So kepada suami-suami nie terpaksalah bersabar mendengar..

5) Wanita tak mampu berkongsi kasih, jadi jangan menduakan isteri.

6) Isteri mengalah tanda sayang. Janganlah disebabkan syurga di bawah tapak kaki suami, suami sewenang2nya menggunakan kuasa diktatornya.

7) Isteri perlukan belaian dan layanan.

8. Last sekali yang paling penting, BERCERITA DAN BERKONGSI. JIKA DENGAN ISTERI ORANG DI PEJABAT KITA BOLEH BERCERITA DAN SENYUM, DENGAN ISTERI SENDIRI PATUTNYA LAGI LEBIH.

Renung-renungkanlah untuk kebahagian rumahtangga..

Pada saya rumahtangga bukan setakat nak kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi sehingga ke syurga..

-Petikan dari ceramah Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah-

Sejak bulan lepas, saya sebenarnya dah bersedia nak bekerja dari segi fizikal dan mental memandangkan bulan ni Faris dah genap setahun. Rasanya pun dia dah cukup bersedia nak berdikari di rumah pengasuh, cuma masih berusaha melatih dia minum susu botol memandangkan dia masih menyusu badan sepenuhnya. Pengasuh dah jumpa, dan dah pernah hantar pun bulan Mac hari tu sehari, sebab saya ada buat class cupcakes. Minggu selepas tu, pegi lagi bawa Ammar & Faris ke rumah pengasuh, agar dia tak lupa pengasuh dia nie. Memang hati nie berhajat sangat nak  bekerja bulan Mei nie, dan dah maklumkan pada makcik yang baik hati nie..

Tapi, alih-alih 2 hari lepas masa saya nak hantar Faris separuh hari, dia kata nak ke umah anak dia ke Kuantan. Bila saya tanya nak balik sini bila? Dia jawab tak tau lagi, tengok bila anak dia boleh hantar.

Ada rasa musykil gak kat situ, tapi biarlah..sebab saya pun belum bekerja full time. Petang tu juga saya g kedai, dan lalu depan umah dia tengok ramai orang. Tak jadi kot makcik ni g kuantan. Continue Reading »

Birthday Faris

Alhamdulillah, hari nie genap usia Faris setahun. Setiap kali birthday anak-anak, mesti saya terkenangkan detik manis  kelahiran mereka…Faris lahir tepat jam 1.12 pagi hari Ahad..

Majlis potong kek, ayah jadi cameraman..

Semasa usia kandungan 8 bulan, suami saya bertukar kerja ke Kemaman. Jadi saya tinggal di rumah berdua dengan Ammar je. Ada masa risau juga takut kalau tengah malam nak bersalin, tapi rasa confident pandai sebab dah ada pengalaman pertama melahirkan. Masa 2 minggu sebelum bersalin, ibu saya asyik membebel jer, suruh saya pindah umah dia atau setidak-tidaknya bermalam di rumah dia. Tapi bak kata orang, manalah lalu nak duduk rumah orang lama-lama. Selesa lagi di rumah sendiri..  So seperti biasa, saya buat bebelan ibu saya tu macam lagu jer la, nak melawan kang, susah lak bersalin hahaha..sapa susah..

Tapi, Allah pun sayang kat saya. Sehari sebelum bersalin, rasa badan lain macam je. Malam tu pun tak boleh nak tidur. Jadi esok paginya (Sabtu), saya minta ibu ambil saya, konon-konon nak bermalam di rumah dia. Rupa2nya betul, malam Sabtu tu jugalah saya sakit nak bersalin.. Ibu dok perli saya, “nasib baik pandai menyerah diri ke umah ibu on time, kot tak…”

Berbanding melahirkan Ammar yang menahan sakit selama 13 jam, melahirkan Faris masa sakit lebih singkat iaitu 5 jam jer..Tapi, sakitnya, Allah je yang tau.. Mungkin sebab masa yang singkat, jadi contraction tu mungkin lebih kuat. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan si comel nie berjaya dilahirkan secara normal tanpa ayahnya di sisi..

Gambar hari pertama Faris Iskandar di hospital..

Gambar hari pertama Faris Iskandar di hospital..

Ayah Faris sampai hospital lebih kurang jam 3 pagi. So sepanjang proses bersalin tu, ibu saya yang temankan. Memang terharu rasanya, iyelah..dari kecil dia yang jaga kita, bersalin pun dia yang temankan, apalagi menjaga dalam pantang.. Itulah kasih ibu, tiada penghujungnya..

Cuma saya nak share pengalaman yang kelakar masa nak bersalinkan Faris nie. Biasanya sebelum bersalin, para ibu dimasukkan ubat supaya dapat membuang air besar. Tujuannya nak bersihkan lah segala apa yang ada dalam usus tue.. Dan selepas ‘membuang’ tu, ibu tak dibenarkan makan / minum walaupun air kosong. Ingat masa Ammar dulu 13 jam dalam bilik bersalin, lembik dibuatnya tak ada tenaga, dengan sakit lagi.. So kali nie saya serik, buat pandai sendiri. Lepas je g bilik air, sempat saya curi-curi minum satu botol mineral air zam-zam.. Konon-kononnya nak minum sikit je, tapi habis lak satu botol tue.  Masuk balik bilik bersalin dengan tersenyum-senyum sendiri.  Pandaila tue..TAPI!..akibatnya…masa meneran tue.. baru tau kenapa tak boleh minum/makan.. Nak tau kenapa? Hahaha malulah nak cerita. Kot nak tau gak, buatlah cam gitu, baru tau akibatnya..hehe…

Apa-apapun, pengalaman bersalin memang indah. Tak terucap dengan kata-kata. Setiap detik kesakitan tu pun indah, walaupun kita tau nyawa di hujung nyawa. Doa saya, semoga Allah menjadikan saya ibu yang baik dan sabar dengan kerenah anak-anak, dan sentiasa sabar dalam mendidik mereka. Doa untuk anak-anak..semoga menjadi anak yang taat dan patuh pada Allah serta ibu & ayah.. Amin..

Birthday Ibu..

24hb Mac yang lepas ialah birthday ibu saya.. Jadi, 2 hari lepas rombongan keluarga suami pulang, kami bergerak ke Kl.. Rasanya masa tu 20hb, tapi sebab alang-alang saya dah balik, so celebrate awal la birthday ibu nie. Memang dah jadi kebiasaan celebrate semua birthday dalam ahli keluarga.. Sejak kecik lagi, dah terbiasa ada cake. Kalau tak ada cake, tak lengkap rasanya.. Tahun nie saya bagi hadiah tudung. Bawa semua stok tudung yang ada dan suruh ibu pilih yang mana berkenan di hati. Rasanya macam tu lagi praktikal, sebab kita tau apa yang dia suka.Tahun ni celebrate di Curry Kepala Ikan House diserikan lagi oleh Chocolate Indulgence Cake dari Secret Recipe. Yummy..yummy.. Smile

Apa2pun, Hepy Birthday To My Mum.. Always Love U..

Cuti sekolah yang lepas, teratak kami dikunjungi keluarga mertua..Abah dan makngah, kak long sekeluarga, bandin dan keluarga dan juga adik yang bongsu, Azhar. Semuanya memang datang nak bercuti ke Terengganu, sambil2 melawat kami.. Apalagi, riuh rendah la rumah dengan telatah anak-anak buah yang ramai..

Rombongan sampai pukul 3 petang, pukul 5 petang tu juga keluar berjalan ke Cherating untuk bersiar-siar di tepi pantai.. Hal penat semua tolak tepi, semangat nak berjalan..hehe.. Habis je bersantai, solat Maghrib di masjid terdekat dan seterusnya singgah pula di Kuala Kemaman untuk makan satar dan otak-otak. Balik je umah, makan malam dan apalagi, tidurla..

Sempat jer posing...

Sempat jer posing...

Rancangan hari kedua pula ialah ke Kuala Terengganu.. Nak tengok Pasar Payang dan shopping la tue.. Lebih kurang dua jam lebih gak la perjalanan..  Sebelum sampai Pasar Payang tue, singgah dulu di Masjid Kristal untuk solat Zuhur.. Memang cantik masjid nie.. Ramai juga pelawat masa kami datang tue.. Solat Maghrib pula di Masjid Terapung.. Masa Maghrib nie hujan tengah lebat, so tak dapatlah nak ambil gambar masjid terapung.. Yang dapat cuma Masjid Kristal sebagai kenang-kenangan..

Atuk berposing dengan Ammar & Nana

Atuk berposing dengan Ammar & Nana

Selepas solat Maghrib, kami pun bertolak balik ke Kemaman.. Keadaan hujan lebat dari pagi menyebabkan pemanduan agak perlahan.. Berhenti makan sekejap pukul 9 lebih..dan sampai di rumah kira-kira pukul 12 malam.. Tak sempat tuan rumah nak buat teh, semuanya dah berbaring di tempat tidur masing-masing.. Keletihan..  Mana taknya, keluar rumah pukul 8 pagi, sampai umah pula 12 malam.. Memang puas berjalan hari tue..

Masjid Kristal

Masjid Kristal

Keesokannya selepas sarapan, semua dah bersiap-siap nak balik ke kl, sebelum hantar Abah ke kampung.. Apapun, memang best cuti-cuti Malaysia kali nie..happening and full of activity.. Cuma yang tak bestnya, saya hilang suara dan tak dapat nak bercakap.. Tak dapatlah nak beramah mesra dengan sedara-sedara tue..cuma boleh senyum dan menggunakan bahasa isyarat jer.. Barulah kini ku tahu macamana perasaan orang bisu bila tak dapat meluahkan perasaan..hehe.. Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi datang dan maaf jika ada banyak kekurangan..

Kids Cupcakes

Kids Cupcakes

Last sekali, inilah gambar cupcakes yang dibuat khas untuk anak-anak buah yang tersayang.. Harap mereka gembira datang rumah mak teh, dan lain kali jemputlah datang lagie..

Ada nama lagi atas cupcakes

Ada nama lagi atas cupcakes

Lamanya tak dapat nak update blog dan website.. Nie semua gara-gara celcom sedang update line internetnya menyebabkan semua urusan tak dapat dijalankan. Jangankan nak hantar email, nak save data yang dah ditulis pun tak dapat.. Memang geram bila kita ada urusan penting, tapi line tak dapat di access.. Hari nie Alhamdulillah baru nampak ok.. Banyak post yang tertunda nie.. Tunggu…