Archive for the ‘Famili’ Category

SDC10917
 
Mempelai yang dirai

                                                               Di tepung tawar oleh ayahanda dan bonda

Acara memotong kek

                                                               Close-up 

                                                                          Sempat bergambar dengan pengantin

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan buat sepupu saya, Nurul dan suaminya Fahmi yang mendirikan rumahtangga pada 5 Mac 2010 yang lepas. Majlis berlangsung di Sitiawan dengan penuh adat dan meriah. Memang ramai sangat tetamu yang hadir, maklumlah anak perempuan seorang dan sulung yang kahwin.. Tak menang tangan melayan tetamu, apalagi cuaca yang panas, memang basah lencun baju tuan rumah dek peluh yang mencurah2.. Apapun, Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah..

Apapun, doa dan harapan saya buat sepupu sorang ni, yang sememangnya dah dianggap sebagai adik sendiri, semoga jadi isteri yang solehah..tabah menghadapi ujian rumahtangga dan semoga kekal sehingga ke syurga..

Buat pak teh dan mak teh, selamat menimang menantu dan tak lama lagi dapatlah cucu! hehe..Amin..

Rasa bersalah

 

 

DSC_9049

Pagi ni saya pergi ke kerja dengan perasaan bersalah..dan resah. Sebabnya faris meragam seawal pukul 5 pagi dan sampailah pukul 6.30 pagi dia masih menangis bila saya nak mandi. Akibatnya lambatlah saya pergi kerja, ditambah pula dengan abangnya yang turut meragam bila dikejutkan, mungkin tidur lambat agaknya malam tadi..

Sebaik je menghantar mereka ke taska, memang rasa bersalah membuak2. ye lah..pagi2 je dah marahkan mereka..walhal saya nak tinggalkan mereka seharian di taska. Biasanya masa pagi2 beginilah saya menggunakan sedikit masa untuk bergurau dan memanjakan mereka, tapi pagi nie, sebaliknya pula..

Bila difikirkan, memang respon normal untuk saya marahkan mereka kerana meragam seawal pagi nie..tapi lepas nie pengajaran untuk saya juga supaya lebih bersabar, supaya saya dapat pergi kerja dengan lebih tenang dan gembira..tanpa rasa bersalah dan resah.

Serba Baru

DSC_9933

DSC_9963

Lamanya tak mengupdate blok saya nie..Sebabnya sibuk dgn urusan berpindah rumah, mengemas rumah baru, menguruskan sekolah baru untuk anak2, taska baru dan juga kerja baru bagi saya dan juga suami. Semuanya serba baru..

Alhamdulillah, sebaik sahaja suami comfirm menerima tawaran bekerja di KL, 3 hari selepasnya saya pula mendapat call dari 2 IPTS untuk tawaran bekerja. Setelah dipertimbangkan, saya menerima tawaran bekerja di kolej lama yang sememangnya lebih dekat dgn rumah dan lebih mudah bekerja kerana segala ‘tools’ dan juga nota telah saya sediakan dahulu. Jadi dengan keadaan anak yg masih kecil nie, malas pula rasanya nak ‘struggle’ menyiapkan bahan mengajar baru. Dengan bahan yg sedia ada pun, hari2 saya masih sibuk kerana setiap nota masih perlu di’update’ bagi menampakkan tahap profesional tenaga pengajar..

Setelah seminggu bekerja, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Cuma hati seorang ibu nie tak pernah tenang menghantar anak2 ke taska seawal 6.55 pagi. Anak kedua, Faris yang sememangnya terlalu liat berhenti susu badan lah yg paling ‘suffer’ sekali berpisah dengan ibunya. Baru2 nie dia demam 3 hari.. Tapi Alhamdulillah dah sihat semalam. Ada masa dan ketikanya, memang rasa sedih dan kesian meninggalkan anak2 dalam jagaan orang lain, tapi saya percaya, kalau bukan untuk hari ini,  semua yg saya lakukan ini adalah untuk masa depan mereka.

Semoga anak2 saya tabah dan doa yg selalu saya panjatkan agar Allah menanamkan rasa kasih dan sayang pada hati pengasuh setiap kali melihat dua putera kesayangan saya nie.. Amin..

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


-Sekadar mengingati arwah ibuku yang terlalu kurindui.. Al-Fatihah..

Gambar Family

Seperti yang dijanjikan, inilah antara gambar yang diambil pada hari raya. Ikutkan beribu-ribu lemon banyaknya, tapi banyak sangat kang, jeles pula orang lain melihatnya.  Hehe..  Apalagi, layannnn…

wallpaper_31

Zoom-In

Sedar tak sedar, hari nie dah 13 syawal.. Niat di hati memang nak menulis dan membuat ucapan paling popular “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin”.. Tapi apakan daya, kesibukan beraya membataskan masa melayari dan menulis di blog kesayangan saya nie..

Apapun, diharapkan semoga raya tahun nie membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.. Seperti raya2 tahun lepas, saya dan keluarga memang tak lepas peluang mengambil gambar keluarga, di mana dah jadi acara wajib bagi kami. Kalau tak sempat bergambar di pagi raya, sanggup make-up balik dan pakai semula baju raya demi menjayakan sesi fotogragi bersama keluarga di sebelah petang.. Hasilnya seperti yang dilihat di atas. Memandangkan sekarang nie saya di Perak, jadi copy je la gambar dari blog hubby.. Harap darling i tu tak marah la ye.. InsyaAllah bila balik nanti, bolehla di upload gambar2 anak2 yang cute tue…

Berjumpa lagi di lain siaran..

Hari nie birthday anak sulung saya yang manja, Ammar Iskandar yang ke-4 tahun..  Ayahnya membelikan kek bertema Transformers yang menjadi kegilaan dia sekarang nie.. Dapat pulak hadiah robot Transformers.. Apalagi, seronok tak terkata, sampai tidur pun bawa “Le Tormas”(sebutan pelat Ammar untuk Transformers) sekali..hehe..

Mengimbas detik kelahiran Ammar, dia dilahirkan tepat jam 9.12 pagi hari Ahad.. Mengandungkan Ammar memang mudah, dia dari dalam perut tak banyak ragamnya, hinggalah saat melahirkan, sakit pun tak terasa.. Akibat tak terasa sangat sakit contraction tue, so saya pun tak reti la nak push..hehe..akibatnya terpaksa lah di vacum untuk mengeluarkan si comel nie..

Apapun, Happy Birthday sayang.. Semoga menjadi anak soleh, taat pada Allah dan ibu bapa, dan berjaya dunia akhirat.. Amin..

Ammar sedang meniup lilin

Ammar sedang meniup lilin

Bergambar berdua..

Bergambar berdua..

sdc11839

Lamanya tak bersiaran..hehe..sibuk je sebulan dua nie..sibuk membaca..Terbaru baru habis membaca 2 buku berkenaan akademik. Sebelum tu, baca buku Cara Mendidik Anak Cemerlang, dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Bukannya apa, seharian duduk di rumah, ada masa tension kepala otak nie dek kerenah anak2.. Sebab tu lah mencari buku Cara Mendidik Anak nie untuk motivasi diri bagi menjadi ibu mithali..Mudah-mudahan..Amin.

Tips yang saya nak sertakan nie diambil dari salah satu website (tak ingat urlnya) masa saya dok search internet berkenaan isu mendidik anak2 nie. Rasanya artikel nie lah yang paling menarik dan menyentuh perasaan. Harap-harap dapatlah sedikit kebaikan darinya buat pembaca..

20 tips Mendidik Anak

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anakanak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami-isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Birthday Kak Long..

Hari nie birthday kakak ipar saya yang selalu dalam ingatan..

“Happy Birthday Kak Long, semoga bertambah gembira di samping keluarga tersayang, bertambah rezeki dan semakin berseri-seri..”

Amin..

Fatimah Nur Jannah

Alhamdulillah, 24 Mei baru nie lahirlah puteri sulung kakak saya setelah mendapat 2 putera sebelumnya. Fatimah Nur Jannah namanya. Fatimah ni  merupakan cucu perempuan sulung dalam family saya.. Nak jadikan cerita, tiap-tiap tahun ibu saya menimang cucu, tapi semuanya lelaki. Alhamdulillah, dapat juga gurl seorang.. Tahniah kepada keluarga kakak saya dan semoga kehadiran orang baru menambah seri dan bahagia dalam rumahtangga..Amin.

Pada abang-abang Fatimah yang aktif 2 orang tue, janganlah buli adik tue, sian kat dia. Dan pada Fatimah yang chubby, chubby tue..tunggulah kedatangan makngah..akan ku picit-picit pipimu yang dembol-dembol tue..huahaha..

Possing dengan baju makngah bagi ye..hehe..

Possing dengan baju makngah bagi ye..hehe..