Lawatan Ke Rumah Orang Tua-Tua


Alhamdulillah, minggu lepas saya sekeluarga bersama2 rakan sepejabat suami mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan Dungun, iaitu Rumah Orang-Orang Tua.. Apa yang nak dikongsikan bersama ialah..tempat tinggal dan kawasannya memanglah nyaman dan bersih..semua orang tua di situ pun nampak dijaga dgn baik dan kemas..cuma saya dapat rasakan kesunyian di situ..

Masuk di kediaman lelaki, langsung tiada kelihatan yang berbual sesama mereka. Mungkin juga waktu tengah hari, jadi pakcik2 di situ semua kepenatan dan mengantuk.. Masing2 leka termenung dan..berbaring jer..tiada apa pun yang nak dibuat.. Bila saya tanya penjaga di situ apa aktiviti mereka, jawab pekerja tu, tak ada apa, cuma berbaring aje lah.. Bayangkanlah kebosanan di hati penghuni2 tua nie yang melalui hidup macam tu sehari-hari..

Masuk kediaman wanita, ada sedikit serinya, di mana nampaklah ada di antara makcik2 tu berbual sesama sendiri.. ada juga yang berjalan melawat kawan yg lain.. Berbanding kediaman lelaki yang katil agak jauh diantara satu sama lain, kediaman wanita susunan katilnya agak rapat, malah ada juga katil diletak bersebelahan mungkin utk memudahkan mereka berhubung..

Apapun susunan katilnya, pada saya tak penting.. cuma saya agak terkejut dengan suasana di situ.. Saya yg melawat dalam masa sejam pun boleh merasakan kesunyiannya, apalagi penghuni2 di rumah tua itu.. Memanglah orang dah tua tak dapat banyak nak buat apa, tapi pada fikiran saya, kalaulah mereka ni tinggal bersama anak dan cucu sendiri, sekurang-kurangnya adalah riang tawa cucu menemani walaupun anak2 sibuk bekerja..

Jauh di sudut hati memang nak bertanya kepada 2 orang nenek dalam gambar tue, kenapalah mereka tinggal di situ.. Tapi hati tak kesampaian bila mereka ajak saya duduk di birai katil dan memegang tangan saya, sambil mengusap anak-anak saya..mungkin teringat anak dan cucu sendiri. Apapun sebabnya, doa dan harapan, janganlah ada di antara kita di tempatkan di sana..


  1. cikmon

    nie..rumah org tua kat ner ek? sy kene wat program g umah org tua..smpai skrang x dpt gi..

  2. mimi

    salam….saudari sy mimi, ada prancangan nk buat lawatan ke rumah org2 tus ehsan nie..nak bwk bdak2 kat pusat aktvti kanak2 yg sy kerja skrg ni…mslhnya sy xtau mcm mn prosedur nk buat lwtn tu…blh x saudari tlg ajarkan…tu pn klu saudari xkeberatan…tq…

  3. mimi

    blh tau brape ramai org tua kat c2yea??

  1. 1 Rolling 10 - Rumah Kebajikan Binjai :: [J][A][C][K]

    […] tahun 2008, lawatan kami di Rumah Ehsan, di mana saya bawa keluarga bersama untuk lawati dan mengambil pengalaman mendekati orang-orang tua […]




Leave a comment