Archive for August, 2008

“HAPPY BIRTHDAY MAK LANG!”
Semoga panjang umur, bertambah-tambah rezeki dan gembira selalu…
Nanti kalau mak lang datang sini, Ammar dan Faris buatkan Mak Lang kek ni ye… 😉

MERDEKA!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51!

Teringat lagi semasa saya darjah 2, cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Abu telah membawa radio masuk ke kelas. Ingatkan dapat berseronok beramai2 sambil mendengar radio, rupa-rupanya beliau ingin mengajar kami lagu patriotik ‘Bahtera Merdeka’. Setiap murid diberikan lirik lagu tersebut dan beliau mengajar kami menyanyi.. Semasa menyanyi lagu tu, hati saya rasa tersentuh sangat dan semenjak itu lah saya mula menghayati dan mamahami erti kemerdekaan..

Walaupun nampak simple apa yang cikgu saya buat, tapi saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana memberi pemahaman dan rasa cinta kepada negara seawal usia 8 tahun.. Bayangkan budak kecil seusia 8 tahun bukan sahaja dapat memahami, tetapi juga menghayati erti perjuangan yang sebenar.. (Dapatkah anda mengingati pada umur berapakah anda benar2 memahami erti kemerdekaan dan merasainya jauh di sudut hati?)

Betapa besarnya peranan lagu.. Selain lagu ‘Bahtera Merdeka’ yang saya nyanyikan pada zaman kanak-kanak, saya sangat suka lagu patriotik berikut..kalau tak silap tajuknya ‘Bumi Dipijak Milik Orang’

Anak kecil main api
Terbakar, hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Bumi dipijak milik orang

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Bumi dipijak milik orang

Rasanya ada lagi sambungan lagu nie, cuma ni je yang dapat di ingat. Memang tersentuh bila nyanyi lagu ni..teringatkan sejarah masa belajar dulu.. Tanah Melayu milik asal orang Melayu.. Tapi lama-kelamaan tanah kita semakin hilang, dijual oleh mereka yang tamakkan duit.. Kuasa, ekonomi semuanya bukan milik mutlak kita lagi.. Orang Melayu dah jauh ketinggalan.. Kalau Melayu tak cepat bertindak, bimbang kita akan semakin jauh ketinggalan.. Memang Hang Tuah pernah berkata “takkan Melayu hilang di dunia”, tapi pada saya kalau ramai Melayu pun, tapi tidak berkualiti, apa gunanya.. Renung-renungkanlah…

Mak Su dan Keluarga

Gambar Mak Su Sekeluarga Bersama Ammar & Faris

Dah lama nak tulis article nie, sebagai ucapan terima kasih untuk mak su dan keluarga yang datang ke teratak kami pada 20hb, minggu lepas.. Bukan sekadar datang melawat, tapi mak su bawa banyak buah tangan.. antaranya tikar Sarawak (macam tau2 jer kite orang nak beli :-), kuih tart, arca buah, limau jepun dan kereta mainan untuk Ammar. Tima kasih banyak2… Dan seperti biasa, kalau ada tetamu Ammar la orang yang paling gembira..

Seronok sebenarnya menerima tetamu.. Murah rezeki tuan rumah kalau tetamu pulang dgn gembira.. Alhamdulillah semenjak berpindah ke Kemaman nie, setiap bulan ada tetamu.. So, di kesempatan nie juga nak merakam terima kasih kepada tetamu dari kl yang telah datang pada bulan2 lepas.. Ibu saya yang selalu dalam ingatan, uncle, khairul, uwan, mak long, bandin, kak ain, kak etta, anak2 yang comel shirah dan iman.. Senang2 jemputla datang lagi.. Boleh kita pergi mandi manda di Cherating..;-) Kepada yang belum datang, pintu rumah sentiasa terbuka..

Pahala 7 Lapis Emas

Rasulullah S.A.W bersabda,
“wanita yang memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 lapis emas, manakala
wanita yang memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak..”

Kesimpulannya, picitla suami kita supaya dapat berlapis2 emas dan perak 😉

Di atas permintaan Farra, di sini saya sertakan resepi untuk membuat ice cream cake nie.. Untuk buat kek nie, kena prepare 2 bahan utama iaitu kek span dan ais krim. Beramai2 la cuba ye.. Harap2 menjadi..

Kek Span Coklat

Bahan A
250g adunan tepung span / sponge mix
4 biji telur

Bahan B
50 mL air dibancuh dengan 1/2 sudu kecil chocolate emulco

Bahan C
80g butter cair

Cara2 membuat kek span:

  1. Pukul (A) dengan kelajuan minima 1 minit sehingga adunan pekat
  2. Campur (B) dan pukul pada kelajuan maksima selama 5-7 minit, sampai adunan berubah warna, ringan, gebu dan lembut
  3. Masukkan butter cair dan putar lagi dengan kelajuan minima 1 minit
  4. Tuang dalam acuan 9 inci yang telah disapu minyak
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak
  6. Sebaik sahaja kek masak, terus keluarkan dari adunan


Bahagian Ice Cream

Bahan-Bahan
Ais krim vanilla 800 g
Coklat Cip 100 g
Krim putar 200 g
Chocolate Rice 150 g

Cara2nya:

  1. Pukul ais krim vanilla sehingga lembut
  2. Tambah coklat cip dan kacau rata-rata
  3. Ambil kek yang telah masak tadi, dan potong kek kepada dua lapisan mendatar
  4. Letak lapisan kek pertama di dalam acuan bulat 10 inci
  5. Kemudian tuangkan aiskrim bersama coklat cip tadi ke atas kek
  6. Tutup dengan lapisan kek yang kedua
  7. Simpan dalam peti sejuk bahagian atas sehingga keras
  8. Apabila kek dah keras, keluarkan kek dari acuan, dan sapu dengan krim putar pada seluruh kek untuk hiasan
  9. Untuk lebih menarik, paipkan bunga2 daisy di atas kek, dan taburkan chocolate rice pada sekeliling kek.


Happy Birthday Tareq..

Hari nie birthday anak buah saya, Tareq..

“Happy Birthday TAREQ SYADDAD… Semoga membesar sebagai anak yang baik dan soleh, serta dengar cakap ummi dan abi tau..” Salam sayang dari mak ngah, pak ngah, abang ammar dan baby faris..

Gambar nie merupakan sambutan birthday Ammar dan Tareq tahun lepas. Memandangkan birthday mereka selang 5 hari je, so dapatlah celebrate sama2..



Dah 3 hari tak dapat nak update kat blog nie.. Terlalu sibuk dgn urusan harian dan tempahan manik. Siapa kata surirumah tak sibuk? Dari pagi sampai la ke malam, ada je kerja nak dibuat. Bila dah habis kerja, anak2 pula minta dilayan.. So hanya dapat menjahit bila anak tidur ataupun malam je. Anyway, menjahit manik nie memang hobi dari dulu lagi..cuma semenjak jadi ‘permaisuri’ (kata ganti bagi surirumah) nie, hobi nie dijadikan sebagai pendapatan sampingan. So, sesiapa yang nak menempah jahitan manik untuk hari raya nie, tempahan masih dibuka.. (chewah..promosi tue :-)) Nie ada beberapa gambar baju yang dah siap dijahit manik sebagai santapan mata..

Sambutan Birthday Ammar


Happy Birthday To You…
Happy Birthday To You…
Happy Birthday To Ammar…
Happy Birthday To You…

Masa nyanyi lagu birthday nie Ammar malu-malu jer, tapi bila suruh tiup lilin, bukan main laju lagi!

Nie birthday cake Ammar.. Buat sendiri tau.. Cantik tak? 😉
First time design kek lawa2.. Kira cantik la tue.. Siap spiderman lagi untuk menambah kemeriahan dan keceriaan Ammar..


Yang nie pulak hadiah Ammar.. Dia minta kereta yang boleh control tue.. Last year pun beli hadiah yang sama.. Tapi tahun nie mahal sikit.. Bukannya tau main pun, ayah yang main..
Yang dia tau, lari laju2 bila kereta tu kejar dia..

Pahala Jihad Untuk Isteri

Rasulullah menyebutkan dalam hadisnya bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri menyambut dan melayannya dengan baik, maka isteri itu akan mendapat pahala jihad.

Jihad ialah amalan yang paling besar di dalam Islam. Tidak ada pahala yang lebih besar melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam jihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga. Subhanallah..

Birthday Ammar

Hari nie birthday Ammar.. So petang tadi busy la prepare cake untuk dia. Malam pulak keluar ke kedai untuk beli perhiasan bagi kek tu esok. Kiranya 80% kek tu dah siap dah, tinggal nak makan jer.. Biasanya setiap kali birthday, kami akan beli kek dan sambut bersama2 keluarga. Tetapi memandangkan ibunya dah pandai buat kek, so special design untuk anak tersayang… 🙂
Bercerita tentang ammar, sekarang nie hari-hari dia akan tanya “ibu tak sayang Ammar ke?” Rasanya setiap hari ada dalam 15 kali dia sebut perkataan tue. Terutamanya masa ibu marah dia sebab kacau adik. Mula-mula dia tanya soalan tu dulu, sedih juga rasanya. Mungkin dia rasa terpinggir bila dah dapat adik. Tapi bila selalu sangat tanya, rasa kelakar pula.. Ada masanya saja menyakat dia kata “tak sayang”. Apalagi dia menangis la lepas tu. Ibu mana tak sayang anak.. Dua2 pun sayang. Walaupun sekarang ni nampak macam berat sebelah sebab Ammar je asyik kena marah, tapi nak buat macam mana sebab adik masih tak berupaya nak membela diri. Bila dah besar nanti, kalau gaduh, dua-dua kena marah.
Di sini terdapat beberapa gambar comel Ammar untuk tatapan semua..